CRISPR
| Cascade (Kompleks berkaitan CRISPR untuk pertahanan antivirus) | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Protein Cascade CRISPR (biru kehijauan) terikat pada RNA CRISPR (hijau) and DNA faj (merah) | |||||||
| Pengenal pasti | |||||||
| Organisma | |||||||
| Simbol | CRISPR | ||||||
| Entrez | 947229 | ||||||
| PDB | 4QYZ | ||||||
| RefSeq (Prot) | NP_417241.1 | ||||||
| UniProt | P38036 | ||||||
| |||||||
CRISPR ( /ˈkrispər/ ) (akronim untuk clustered regularly interspaced short palindromic repeats; diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai "jujukan berulang antara ruang palindromik pendek bergugus tetap") ialah keluarga jujukan DNA yang terdapat pada genom organisma prokariot seperti bakteria dan arkea. Jujukan ini diperoleh daripada serpihan DNA bakteriofaj yang terlebih dahulu telah menjangkiti prokariot tersebut. Ia digunakan untuk mengesan dan memusnahkan DNA daripada bakteria yang serupa semasa jangkitan berikutnya. Oleh itu jujukan ini memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antivirus (iaitu antifaj) pada organisma prokariot dan menyediakan satu bentuk imuniti yang diperolehi. CRISPR ditemui dalam kira-kira 50% daripada genom bakteria terjujuk dan hampir 90% daripada genom arkea terjujuk.
Cas9 (atau "Protein 9 berkaitan CRISPR") ialah enzim yang menggunakan jujukan CRISPR sebagai panduan untuk mengenali dan membuka untaian DNA tertentu yang menjadi pelengkap kepada jujukan CRISPR. Enzim Cas9 bersama-sama dengan jujukan CRISPR membentuk asas kepada teknologi yang dikenali sebagai CRISPR-Cas9 yang boleh digunakan untuk mengedit gen dalam sel-sel organisma. Proses penyuntingan ini mempunyai pelbagai jenis aplikasi termasuk penyelidikan biologi asas, pembangunan produk bioteknologi, dan rawatan penyakit. Perkembangan teknik penyuntingan genom CRISPR-Cas9 telah diiktiraf oleh Hadiah Nobel dalam Kimia pada tahun 2020 yang dianugerahkan kepada Emmanuelle Charpentier dan Jennifer Doudna.