César Azpilicueta
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | César Azpilicueta Tanco | ||
| Tarikh lahir | 28 Ogos 1989 | ||
| Tempat lahir | Zizur Mayor, Sepanyol | ||
| Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in) | ||
| Posisi permainan | Pertahanan | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Atlético Madrid | ||
| Nombor | 3 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1999–2006 | Osasuna | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2006–2007 | Osasuna B | 27 | (1) |
| 2007–2010 | Osasuna | 99 | (0) |
| 2010–2012 | Marseille | 47 | (1) |
| 2012–2023 | Chelsea | 349 | (10) |
| 2023– | Atlético Madrid | 2 | (0) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2005 | Sepanyol B16 | 3 | (0) |
| 2006 | Sepanyol B17 | 10 | (0) |
| 2007–2008 | Sepanyol B19 | 18 | (2) |
| 2009 | Sepanyol B20 | 5 | (0) |
| 2008–2011 | Sepanyol B21 | 19 | (1) |
| 2012 | Sepanyol B23 | 5 | (0) |
| 2013– | Sepanyol | 44 | (1) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:59, 20 Ogos 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:33, 1 Disember 2022 (UTC) | |||
César Azpilicueta Tanco (Sebutan Sepanyol: [ˈθesaɾ aθpiliˈkweta ˈtaŋko]; lahir 28 Ogos 1989) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang bermain di kelab La Liga, Atlético Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Selepas bermain bersama Osasuna selama tiga musim di La Liga, beliau berpindah ke Marseille yang bermain di Ligue 1 di mana beliau bersama Marseille memenangi empat kejohanan penting. Pada musim panas 2012, beliau berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea di mana Chelsea menjuarai Liga Eropah dalam musim pertamanya.
Azpilicueta mengumpul sebanyak 55 kaps bersama pasukan remaja Sepanyol dan bersama pasukan Sepanyol bawah-21 dalam kejohanan Eropah dengan memenangi kejohanan itu pada 2011. Pada 2013, beliau membuat pemunculan pertama bersama pasukan seniior dan terpilih untuk ke Piala Dunia 2014.
Akibat penyokong Inggeris sukar menyebut nama beliau, jadi penyokong Chelsea menggelarkan beliau dengan nama "Dave".