Busa
Busa ialah bahan yang terbentuk dengan memerangkap gas di dalam gelembung. Span mandian dan buih-buih halus di permukaan air berkarbonat adalah contoh-contoh busa. Dalam kebanyakan busa, isi padu gas adalah tinggi, dengan lapisan cecair atau pepejal nipis yang memisahkan setiap kawasan gas. Apabila saiznya kecil, cth. busa halus, medium yang tersebar ini boleh dianggap sebagai sejenis koloid.