Burung madu

Burung Madu
Archilochus alexandri betina
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Neornithes
Infrakelas:
Neognathae
(tanpa pangkat):
Cypselomorphae
Order:
Keluarga:
Trochilidae

Vigors, 1825
Subfamili

Phaethornithinae
Trochilinae

Burung Madu ialah sejenis burung kelicap yang berada dalam famili Trochilidae. Ia merupakan antara burung terkecil, kebanyakan spesies berukuran dalam julat 7.5–13 cm (3–5 in). Malah, spesies burung masih wujud terkecil ialah burung madu Mellisuga helenae yang sepanjang 5 cm. Ia boleh terapung di udara dengan mengepak-ngepak sayapnya di udara dengan cepat, 12–90 kali sesaat (berbeza mengikut spesies). Untuk menjimatkan tenaga semasa tidur atau apabila kekurangan makanan, burung madu boleh memasuki keadaan serupa-hibernasi (torpor) di mana kadar metabolismanya menurun sehingga 1/15 kadar biasa. Famili ini juga merupakan satu-satunya jenis kumpulan burung yang boleh terbang ke belakang (dan dalam semua arah). Ia boleh terbang dengan kelajuan melebihi 15 m/s (54 km/j; 34 mph).

Masyarakat Aztec tengah Mexico percaya burung ini sebagai jelmaan dewa perang mereka Huitzilopochtli ("Sang Burung Madu Selatan") sampai menukangkan patung sembahan dan tangkal yang dipercayai mampu memberi kekuatan lahir dan batin kepada mereka; mereka juga percaya pahlawan-pahlawan mereka yang terkorban akan dilahirkan semula sebagai burung madu.