Burung hantu
| Burung hantu Julat zaman: Paleosen Akhir – Kini
| |
|---|---|
| Burung hantu bintik Strix occidentalis | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | Strigiformes Wagler, 1830
|
| Keluarga | |
|
Strigidae | |
| Sinonim | |
|
Strigidae sensu Sibley & Ahlquist | |
Burung hantu (Jawi: بوروڠ هنتو) atau dikenali sebagai pungguk atau jampuk merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua-dua biji matanya menghadap ke hadapan.
Burung hantu dikelaskan dalam order Strigiformes terdiri daripada lebih 200 spesies dalam 25 genus. Order ini terbahagi kepada dua keluarga yang masih wujud: Tytonidae yang merangkumi 20 spesies termasuk pungguk jelapang, dan Strigidae yang merangkumi 234 spesies.