Burung Rhea
| Rhea | |
|---|---|
| Burung Rhea Amerika, Rhea americana | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Superorder: | Paleognathae
|
| Order: | Rheiformes
|
| Keluarga: | Rheidae (Bonaparte, 1849)
|
| Genus: | Rhea Brisson, 1760
|
| Spesies | |
| |
Rhea adalah sejenis spesies burung besar yang tidak boleh terbang dari genus senama dan berasal dari Amerika Selatan. Terdapat dua spesies burung ini iaitu: Rhea Amerika Besar dan Rhea Kecil atau Rhea Darwin. Nama genus ini diberikan oleh Paul Möhring pada tahun 1752 dan diterima sebagai nama biasa Inggeris. Alasan bagi nama yang diberikan oleh Möhring adalah berdasarkan sempena Rea dewi pasangan Kronos kepercayaan Yunani Purba tidak diketahui. Berdasarkan kawasan di Amerika Selatan, rhea dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama ñandú guazu (Guaraní, bermaksud labah besar, kemungkinan besar hubungan sikap mereka silih berganti mengangkat dan menurunkan sayapnya semasa berlari), ema (Portugis), suri (Quechua), atau choique (Mapudungun).