Burung Murai Kampung
| Murai Kampung | |
|---|---|
| Murai jantan | |
| Burung betina di Thailand | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | C. saularis
|
| Nama binomial | |
| Copsychus saularis (Linnaeus, 1758)
| |
Burung Murai Kampung (bahasa Inggeris: "Magpie Robin") merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya ialah Copsychus saulari.. Murai Kampung ialah burung passerine kecil yang dahulunya dikelaskan sebagai ahli Thrush keluarga Turdidae, tetapi kini dianggap sebagai penangkap lalat Dunia Lama ("Old World flycatcher"). Ia merupakan burung menonjol dengan warna hitam putih dengan ekor yang menegak ketika ia mencari makan di tanah atau bertenggek dengan jelas. Taburan di kebanyakan benua India dan sebahagia Asia Tenggara, ia merupakan burung biasa di taman bandar dan juga di hutan. Ia dikenali bagi nyanyiannya dan pernah popular sebagai burung berlagu.