Bunuhdiri (kumpulan metal)
Bunuhdiri ialah sebuah kumpulana extreme death metal dari Malaysia yang ditubuhkan pada 2015.
Barisan awalnya menampilkan Wira Rastara (vokal/bass), Nabevil (gitar), Auks (gitar) dan Paan (dram).
Mereka kemudiannya mengeluarkan single pertama Dermatillomania pada tahun 2016, dan diikuti dengan EP Bunuhdiri.
Selepas muncul dalam beberapa album kompilasi, Bunuhdiri telah melakukan rombakan pada 2019 dengan Wira Rastara memfokuskan pada vokal manakala Md Rezza muncul dengan gitar dan Christopher Mohd Yusof Brown pada bass.
Sejak itu kumpulan itu mengeluarkan dua single - Disembodied Liberation (2020) dan Firmament Incursion (2023) manakala EP Cosmic Rebirth (2024) terbaru mereka mempamerkan gaya kejam dalam kemahiran teknikal dengan kelainan yang tidak dijangka—seperti penambahan solo saksofon.
Pada tahun 2025, Jay Ramani menyertai kumpulan itu sebagai pemain dram. Pada tahun yang sama kumpulan itu mengeluarkan album kompilasi yang dipanggil Prime Extractions: Neurocosmic Archives of Bunuhdiri. Album ni ada jugak lagu baru Solar Obliteration.
Diskographi
·Dermatillomania - Single 2016
·Bunuhdiri - Bunuhdiri EP 2016
·Vinyl Passion Vol 2 - Compilation 2017
·Disembodied Liberation - Single 2020
·Negeri Sembilan Extreme - Compilation 2021
·Firmament Incursion- Single 2023
·Gerilya Indonesia - Compilation 2023
·Cosmic Rebirth - EP 2024
·Prime Extractions: Neurocosmic Archives of Bunuhdiri - Compilation 2025