Mawar

Mawar
Ros
Sekuntum bunga mawar yang mekar.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Roseae
Genus:
Rosa

Spesies
Sinonim
  • Hulthemia Dumort.
  • ×Hulthemosa Juz. (Hulthemia × Rosa)

Mawar (Jawi: ماور) atau ros (Jawi: روس) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dan saka digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae; Tanaman ini berasal dari kawasan subtropika Hemisfera Utara; sebahagian kecil spesies dari Asia Selatan dan sebahagian spesies besar mawar dari tanah besar China dan sebahagian spesies lainnya dari benua Eropah. Ia sering ditanam sebagai hiasan.

Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an. Bunga mawar berbau harum, biasanya mawar kampung mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat dan Melayu, bunga mawar melambangkan cinta. Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960.