Bunga akar kuning

Bunga akar kuning
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Gentianales
Keluarga: Apocynaceae
Genus: Allamanda
Spesies:
A. cathartica
Nama binomial
Allamanda cathartica
Sinonim
  • Allamanda aubletii Pohl
  • Allamanda chelsonii K.Koch nom. inval.
  • Allamanda grandiflora (Aubl.) Lam. nom. illeg.
  • Allamanda hendersonii W.Bull ex Dombrain
  • Allamanda latifolia C.Presl
  • Allamanda linnaei Pohl
  • Allamanda salicifolia hort.
  • Allamanda schottii Hook. nom. illeg.
  • Allamanda wardleyana Lebas
  • Allamanda williamsii auct.
  • Echites salicifolius Willd. ex Roem. & Schult.
  • Echites verticillatus Sessé & Moc.
  • Orelia grandiflora Aubl. nom. illeg.

Bunga akar kuning, turut disebut akar cempaka kuning, cempaka hutan, bunga loceng dan alamanda kuning; dengan nama saintifik Allamanda cathartica ialah tumbuhan hiasan genus Allamanda dalam keluarga Apocynaceae. Ia tempatan dari Brazil. Tumbuhan Amerika Selatan ini hidup dengan subur di kawasan terik cahaya matahari dan tanah lembap.

Ia tidak melilit mahupun mempunyai sulur paut atau akar udara. Ia boleh dipangkas membentuk rerenek. Sekiranya tidak dipangkas ia mampu terkapar sehingga 20 kaki tinggi. Bandar Canóvanas, Puerto Rico menerima spesies yang dikenali setempat selaku canario amarillo ini, menjadi bunga rasminya. Ia turut menjadi bunga rasmi Dewan Bandaraya Kuching Utara dan disebut kecobong.