Bunga Isme
Bunga | |
|---|---|
| Kelahiran | Noor Ayu Fatini binti Mohd Bakhari 24 Januari 2000 |
| Nama lain | Bunga Isme |
| Pendidikan | Diploma Pentadbiran Perniagaan |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, rapper |
| Tahun aktif | 2019–kini |
| Pasangan | Amzar Sabri (k. 2023) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan |
|
Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari atau lebih dikenali sebagai Bunga (kadangkala dirujuk sebagai Bunga Isme; lahir 24 Januari 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Terkenal dengan imej berbaju kurung sambil mengadakan persembahan, beliau mula mendapat perhatian media antarabangsa selepas muncul dalam rencana The New York Times dan rakaman video terbitan Bloomberg. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Bunga" pada 2019.