Bundesrat (Jerman)

52°30′33″N 13°22′53″E / 52.50917°N 13.38139°E / 52.50917; 13.38139

Jerman

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Jerman



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Bundesrat (Melayu: Majlis Persekutuan) ialah organ penggubal perlembagaan dalam Republik Persekutuan Jerman. Melalui majlis ini, negeri-negeri Jerman menjalankan hak dan suara mereka bagi meluluskan undang-undang, mengawasi pentadbiran peringkat persekutuan dan juga memutuskan satu-satu isu membabitkan Kesatuan Eropah (EU). Setiap negeri diwakili oleh wakil-wakil kerajaan negeri di dalamnya. Oleh yang demikian, kepentingan-kepentingan negeri dalam pembentukan kehendak politik seluruh negara diambilkira. Institusi inilah yang memperkasakan konsep persekutuan di Jerman yang diterap di dalam perlembagaan negara itu melalui Klausa Abadi yang tidak boleh dipinda atau dimansuh.