Bumbung hijau
Bumbung hijau (green roof) ialah bumbung bangunan yang dilitupi sebahagiannya atau sepenuhnya oleh tumbuh-tumbuhan serta suatu medium tanaman yang dipasangkan atas suatu lapisan kalis air. Ia mungkin juga ditambah dengan lapisan lain seperti suatu sekatan akar serta sistem-sistem saliran dan pengairan. Ia menggunakan fungsi semula jadi tumbuhan secara cekapnya untuk menapis dan merawat air dan udara di persekitaran bandar dan subbandar. Struktur sebegini sesuai dipasang pada binaan sedia ada mahupun yang baru tidak kira apa jua saiz ia mahupun fungsi ia sama ada untuk tujuan industri, komersil atau awam.
Pemasangan ini ada beberapa fungsinya termasuk menyerap air hujan, menebat haba dalam bangunan, mewujudkan suatu habitat untuk hidupan liar, merendahkan stres penghuni persekitaran melalui pencantikan kawasan tersebut serta merendahkan suhu persekitaran bandar lalu mengurangkan kesan pulau haba.