Bumbun

Bumbun atau tempat menghendap ialah peranti persembunyian atau tempat perlindungan pemburu dan penjaga mergastua, yang direka untuk mengurangkan kemungkinan dikesan oleh binatang. Terdapat berbagai jenis bumbun untuk situasi berbeza, seperti bumbun rusa dan bumbun itik. Beberapanya amat ringkas, sedangkan yang lain pula rumit. Kesahan aneka jenis bumbun berubah-ubah mengikut musim, negeri dan tempat.