Bulu badan

Bulu badan secara umumnya merujuk kepada; bulu (rerambut kecil) yang wujud di seluruh bahagian badan atau; kawasan tertentu di badan manusia selepas baligh. Ia berbeza dari rambut di kepala dan bulu roma; ia lebih halus berbanding rambut tetapi lebih besar daripada bulu roma. Pertumbuhan bulu badan berkait dengan paras androgen (hormon jantan) dalam individu. Disebabkan paras normal androgen yang lebih tinggi, lelaki cenderung memiliki lebih banyak bulu badan berbanding wanita.

Dari tempoh kanak-kanak seterusnya, tanpa mengira jantina, bulu badan melitupi hampir keseluruhan bahagian tubuh manusia. Pengecualian termasuk pada bibir, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, bahagian luar tertentu alat kelamin, pusat, dan tisu parut. Kepadatan rambut – jumlah folik rambut setiap bahagian kulit – berbeza dari seseorang dengan orang lain.