Bulan sabit dan bintang
Bulan sabit dan bintang merupakan simbol yang kerap ditemui pada zaman purba dan digunakan oleh pelbagai bangsa dan peradaban untuk dijadikan lambang mereka. Simbol ini kebiasaanya ditemui di sekitar kawasan Timur Tengah dan timur Mediterranean.
Pada hari ini simbol ini seringkali dikaitkan dengan masyarakat Islam, dan menjadi simbol untuk Islam sejak Empayar Uthmaniyah mengunakanya sebagai lambang mereka. Walaupun simbol ini sering dikaitkan dengan Islam pada masa kini, ia sebenarnya telah digunakan berbagai-bagai peradaban sejak dulu lagi.