Buku elektronik

Buku elektronik atau buku-e/e-buku atau Buku Teks Digital (bahasa Inggeris: electronic book, juga e-book) ialah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, gambar atau kedua-duanya. Terbitan sebegini boleh dibaca menggunakan pembaca elektronik yang khusus namun sebarang komputer dengan paparan atau skrin leper yang boleh dilihat seperti komputer riba, komputer tablet dan telefon bijak juga boleh digunakan.