Bukit Indah

Bukit Indah merupakan sebuah perbandaran di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini mempunyai penduduk kira-kira 60,000. Kini, terdapat hampir 15,000 buah rumah yang dibina untuk menampung bilangan penduduk yang banyak. Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan Taman Perling. Terdapat pusat beli-belah Æon Bukit Indah di sini. Bukit Indah juga semakin mendapat reputasi sebagai pusat komersial daerah Johor barat yang baru. Kini mempunyai 71% cina, 10% melayu,19% india.