Bukan Gadis Biasa (drama)

Bukan Gadis Biasa
Genre
Berdasarkan daripada
Bukan Gadis Biasa
karya Liza Nur
PenciptaLiza Nur
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Janjira
  • Rofa Azzahra
  • Chinta Nadeesha
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSatu - Zulhilmi
Lagu penutupAngkara - Aisha Husna
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Uzair Haqimy
  • Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
PenyuntingAnne Abdul
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal23 April 2020 – 24 Mei 2020
Kronologi
MengikutiIroni Kasih
Diikuti olehNasi Kerabu Untuk Che Abe

Bukan Gadis Biasa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak. Diadaptasi daripada novel 2019 bertajuk sama karya Liza Nur Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 23 April 2020 menggantikan Ironi Kasih. Ini merupakan drama ketiga lakonan Ayda Jebat bersama JS Pictures selepas Cindai dan Dekatkan Jarak Kita.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.