Budak Nafsu
| Budak Nafsu | |
|---|---|
| Pengarah | Sjumandjaja |
| Lakon layar | Sjumandjaja |
| Cerita oleh | Titie Said |
| Berdasarkan | Fatima oleh Titie Said |
| Dihasilkan oleh | Ram Soraya |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Soetomo Gandasubrata |
| Disunting oleh | Norman Benny |
| Muzik oleh | Idris Sardi |
Syarikat penerbitan | Soraya Intercine Film |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 94 minit |
| Negara | Indonesia |
| Bahasa | Indonesia |
Budak Nafsu (juga dikenali sebagai Fatima) adalah filem Indonesia 1983 yang diarahkan oleh Sjumandjaja dan diadaptasikan dari novel Fatima (1981) oleh Titie Said. Dibintangi oleh Jenny Rachman dan El Manik, ia mengisahkan seorang ibu yang terpaksa berkhidmat sebagai wanita penghibur bagi lelaki Jepun yang ditempatkan di British Malaya dalam usaha menyelamatkan anak perempuannya. Filem ini merupakan kejayaan komersial, walaupun pengkritik telah menekankan aspek seksualnya.