Manggis

Manggis
Ilustrasi dari Fleurs, Fruits et Feuillages Choisis de l'Ile de Java 1863–1864 oleh Berthe Hoola van Nooten (ahli litografi Pieter De Pannemaeker)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Clusiaceae
Genus: Garcinia
Spesies:
G. mangostana
Nama binomial
Garcinia mangostana
Sinonim
  • Mangostana garcinia Gaertn

Manggis (Jawi: مڠݢيس), sementah (Jawi: سمنته), manggista, mesetor, mesetar atau mesta (nama botani: Garcinia mangostana) ialah tumbuhan malar hijau dalam genus Garcinia yang bertaburan asal di kawasan tropika sekeliling Lautan Hindi. Pokok-pokoknya ditanam sejak zaman prasejarah lagi.

Buah manggis sering digandingkan dengan buah durian sebagai "ratu buah" pasangan kepada durian yang "raja segala buah". Walau bagaimanapun, buahnya mudah cepat rosak serta membesar pada kadar relatif perlahan sehinggakan ia hanya dapat dipasarkan dalam tempoh singkat antara enam hingga sepuluh minggu.