Bryce Dallas Howard

Bryce Dallas Howard
Howard pada tahun 2010
Kelahiran (1981-03-02) 2 Mac 1981
Pusat pendidikanUniversiti New York
PekerjaanPelakon, Penulis, Pengarah
Tahun aktif1989 - sekarang
PasanganSeth Gabel (k. 2006)
Anak-anak2
Ibu bapaRon Howard
Cheryl Alley
SaudaraPaige Howard (adik)
Clint Howard (bapa saudara)

Bryce Dallas Howard (lahir Mac 2, 1981) ialah seorang pelakon, penulis dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya sebagai pelakon tambahan dalam filem bapanya, Parenthood (1989) dan kemudiannya melakonkan peranan-peranan kecil dalam filem serta membuat penampilan pentas untuk beberapa tahun berikutnya. Semasa tempoh ini, beliau juga menghadiri Tisch School of the Arts di Universiti New York, kemudiannya menerima Sarjana Muda Seni Halus dan pergi ke sekolah drama. Selepas mendapat perhatian M. Night Shyamalan, beliau memilihnya untuk berlakon dalam filem The Village (2004) dan kemudiannya dalam Lady in the Water (2006). Lakonannya dalam As You Like It (2006), diarahkan oleh Kenneth Branagh mendapatkannya pencalonan Anugerah Golden Globe. Pada tahun 2006, beliau menulis dan mengarah filem pendek Orchids.

Howard menjadi lebih terkenal selepas peranannya sebagai Victoria dalam The Twilight Saga: Eclipse (2010). Filem ini serta Terminator Salvation (2009) mencapai kejayaan komersia tetapi mendapat ulasan bercampur daripada pengkritik. Pada tahun 2011, beliau mempunyai watak sokongan dalam 50/50 dan The Help. Beliau juga melakonkan watak utama, Claire Dearing dalam Jurassic World (2015).