Caitlyn Jenner

Caitlyn Jenner
Jenner di majlis Hari Hak Asasi Manusia di PBB, 10 Disember 2015
Kelahiran
William Bruce Jenner

(1949-10-28) 28 Oktober 1949
Pusat pendidikanUniversiti Graceland
Tahun aktif1970-kini
Nilai bersihUS$100 juta (perkiraan 2014)
Televisyen
Parti politikRepublikan
Pasangan
  • Chrystie Crownover (k. 1972; c. 1981)
  • Linda Thompson (k. 1981; c. 1986)
  • Kris Kardashian (k. 1991; c. 2015)
Anak-anakdengan Crownover;Burton Jenner
Cassandra Jenner
dengan Thompson;
Brandon Jenner
Brody Jenner
dengan Kardashian;
Kendall Jenner
Kylie Jenner
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Caitlyn Marie Jenner - nama lahir: Bruce Jenner (lahir 28 Oktober 1949) - adalah seorang bekas atlet dekatlon dari Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi pemain bola sepak Amerika untuk tim Graceland Yellowjackets di universitasnya sebelum mengalami kecederaan lutut serius; dan beliau bertukar sukan ke dekatlon tidak lama selepas itu atas saranan seorang pelatihnya Setelah latihan intensif, Jenner berhasil memenangkan pingat emas dalam acara itu pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal, Kanada sehingga mendapat jolokan "atlet terbaik di dunia."

Jenner dikurniakan enam orang anak hasil seberapa pernikahannya dengan beberapa isteri sebelumnya iaitu Chrystie Crownover, Linda Thompson, dan Kris Jenner. Semenjak tahun 2007, Jenner tampil dalam acara Keeping Up with the Kardashians dengan Kris beserta anak-anak mereka, Kendall dan Kylie Jenner serta anak tirinya Kourtney, Kim, dan Khloé Kardashian.

Pada April 2015, Jenner melelakan diri sebagai seorang perempuan transgender; beliau rasmi mengumumkan nama baharunya di isu majalah Vanity Fair edisi Julai tahun sama. Nama dan gendernya turutbditukar secara sah pada 25 September 2015.