Brokoli

Brokoli

Broccoli
Spesies
Brassica oleracea var. italica
Kumpulan kultivar
Kumpulan Italica
Asal
Dari Itali (2,000 tahun lalu)

Brokoli (Jawi: بروکولي serapan Itali broccoli terbitan brocco "pucuk") atau kubis bunga hijau (Jawi: كوبيس بوڠا هيجاو) ialah sejenis kultivar tumbuhan Brassica oleracea yang dijadikan sayur.

Jambak bunga dan tangkainya boleh dimakan dengan merebus atau mengukus sayur ini sehingga sederhana empuk baik dihidangkan begitu sahaja sebagai ulam lemak-lemak manis mahupun dicampurkan bersama masakan lain seperti stu, sup atau gorengan.