Broker maklumat

Broker maklumat merupakan mereka yang bertindak sebagai gudang maklumat dimana mereka akan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber, memproses, membungkus dan menjualnya kepada pengguna. Mereka bertindak sebagai orang tengah yang boleh mengawal pasaran dan harga maklumat. Bermula pada akhir abad ke-20, pembangunan teknologi seperti Internet, peningkatan kuasa pemprosesan komputer dan penurunan kos penyimpanan data telah membuatkan ia mudah untuk organisasi untuk mengumpul, menganalisis, menyimpan dan memindahkan maklumat seseorang dengan jumlah data yang besar. Ini telah membawa kepada industri broker maklumat atau broker data.

Brokers mengumpul maklumat berkenaan orang-perseorangan dari rekod awam dan sumber sulit seperti bancian dan rekod penukaran alamat, kenderaan bermotor dan rekod pemanduan, bahan yang disumbangkan oleh pengguna ke laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn, laporan media dan mahkamah, senarai pendaftaran pengundian, sejarah pembelian pelanggan, senarai paling dikehendaki dan pengganas, rekod transaksi kad bank, dan sejarah pelayaran web. Data-data yang dikumpulkan akan dijadikan profil individu yang merangkumi pelbagai maklumat seperti umur, bangsa, jantina, tinggi, berat, status perkahwinan, agama, fahaman politik, pekerjaan, pendapatan isi rumah, nilai bersih seseorang, status pemilikan rumah, tabiat pelaburan, pilihan produk dan kepentingan yang berkaitan dengan kesihatan. Broker akan menjual profil-profil ini kepada organisasi lain yang kebiasaannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini untuk menjadi sasaran pengiklanan dan pemasaran kepada golongan sasaran, untuk mengesahkan identiti seseorang termasuk untuk tujuan pengesanan penipuan, dan untuk menjual kepada individu dan organisasi supaya mereka boleh menyelidik seseorang untuk pelbagai tujuan. Data brokers also often sell the profiles to government agencies, such as the FBI, thus allowing law enforcement agencies to circumvent laws that protect privacy.

Broker data di Amerika Syarikat termasuklah Acxiom, Experian, Epsilon, CoreLogic, Datalogix, eBureau, ID Analytics, inome, PeekYou, Rapleaf, dan Recorded Future. Acxiom claims to have files on 10% of the world's population, with about 1500 pieces of information per consumer. quoted in Senate.gov.

Individu kebiasaannya tidak mengetahui apakah data yang diperoleh oleh broker, bagaimana broker mendapatkannya, atau bagaimana data-data tersebut digunakan.

Mengeluarkan maklumat dari pangkalan data dari organisasi seperti Acxiom dan Epsilon mengambil proses yang panjang dan sukar, terutama apabila sukar untuk mengetahui siapa yang memiliki maklumat mengenai anda. Laman sesawang seperti stopdatamining.me menawarkan pautan ke atas organisasi-organisasi ini dan proses yang boleh membantu mengeluarkan data mengenai seseorang.