Special Air Service

Special Air Service
Aktif22 Julai 1941-30 Jun 1946,
1 Mei 1947-kini
NegaraBritain
CawanganTentera Darat British
JenisPasukan Elit
Peranan21 SAS - Pengawasan sasaran rapat
22 SAS - Peperangan melawan revolusi/Menentang keganasan
23 SAS - Pengawasan sasaran rapat
SaizTiga rejimen
Sebahagian daripadaUnit Khas British
PangkalanRHQ - Credenhill
Rejimen ke-21 - London
Rejimen ke-22- Credenhill
Rejimen ke-23 - Birmingham
MotoSiapa Berani Menang
WarnaOxford dan Biru Cambridge
KawatPantas: Marche du Regiment Parachutiste Belge
Perlahan: Lili Marlene
Peringatan22 Julai 1941
17 November 1941
21 September 1941
1 Mei 1947
Komander
KomandanJeneral (Bersara-Kehormat) Baron Guthrie GCB, LVO, VD, OBE, CDM, ADC
Tanda kebesaran
Lambang SASSayap payung terjun SAS


Special Air Service (SAS) merupakan sebuah pasukan elit utama di bawah seliaan Tentera Darat British dan merupakan sebuah institusi keselamatan rahsia dan kecil. SAS juga melatih pasukan-pasukan elit dari luar negara yang setaraf dengan pasukan ini.

Formasi SAS diletakkan di bawah cawangan Unit Khas British dan mempunyai cawangannya yang terdiri daripada Special Boat Service (SBS), Special Reconnaissance Regiment (SRR), dan Special Forces Support Group (SFSG).

SAS telah menunjukan kebolehan dalam peperangan pada tahun 1941, apabila pihak sukarelawan infantri British dihantar berperang di belakang garisan musuh dalam kempen memerangi tentera Afrika Utara semasa Perang Dunia II. Motto SAS adalah "Who Dares Wins".