Brandi

Brandi ([bran.di]; pinjaman bahasa Inggeris: brandy) ialah sejenis arak yang dihasilkan melalui penyulingan wain serta adakalanya diperam lanjut dalam tong-tong kayu dengan pewarna tambahan.

Arak ini mengandungi kandungan alkohol sebanyak 35–60 peratus sehidangan; ia lazim diminum di dunia Barat terutamanya sebagai bahan pelawas memudahkan pencernaan selepas makan.