Brahmo Samaj

Brahmo Samaj (Bengali: ব্রাহ্ম সমাজ), merupakan cabang masyarakat kepada fahaman Brahmoisme, yang bermula sebagai satu gerakan reformasi berfahaman monoteisme semasa era Kebangkitan Bengal (Bengal Renaissance).

Ia merupakan salah satu gerakan keagamaan yang paling berpengaruh dalam sejarah India dan menyumbang besar kepada pembentukan India moden. Brahmo Samaj diasaskan di Calcutta pada 20 Ogos 1828 oleh Raja Rammohan Roy bersama Dwarkanath Tagore, sebagai usaha membetulkan amalan sosial yang berleluasa ketika itu. Gerakan ini menjadi perintis kepada era kebangkitan semula pemikiran dalam kalangan masyarakat Bengali pada abad ke-19 dan memainkan peranan penting dalam memajukan bidang keagamaan, sosial dan pendidikan.