Brahmagupta

Brahmagupta
Kelahiran598 M
Meninggal duniasetelah 665 M
Terkenal keranaAngka sifar, sistem angka moden
Kerjaya saintifik
BidangMatematik, astronomi
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "residence"

Brahmagupta (Sanskrit: ब्रह्मगुप्त, lahir c. 598 M, meninggal dunia c. 668 M) ialah seorang pakar matematik dan astronomi India purba. Beliau merupakan penulis bagi kitab-kitab Brāhmasphuṭasiddhānta (628 M) dan Khaṇḍakhādyakarana (655 M).

Beliau merupakan pakar pertama yang memberi peraturan dalam pengiraan dengan angka sifar dan mengemukakan teori seperti teori Brahmagupta dan formula Brahmagupta yang berkait dengan sisi empat kitaran. Oleh kerana beliau tidak mengemukakan sebarang pembuktian, keputusan-keputusan yang diterbitkannya tidak dapat dipastikan.

Brahmagupta dilahirkan pada tahun 598 M di Bhinmal di daerah Jalore, Rajasthan.

Karya utamanya adalah Brāhmasphuṭa Siddhānta telah diulas secara terperinci oleh Caturveda Pṛthūdaka Svāmin (860 M), mungkin mengikut tradisi pengarang asal.

Sebagai seorang ahli matematik, Brahmagupta terkenal dengan kerjanya mengenai cakrīyacaturbhuja atau segi empat berlingkar. Penulisan astronominya terkenal di Barat India pada tahun 712 M.

Bhaskaracharya (1114-1160 M), ahli astronomi yang terkenal, telah menggambarkan Brahmagupta sebagai Ganakacakra Cudamani (permata mahkota dalam kalangan ahli matematik).