Kumpulan vokal lelaki

Kumpulan vokal lelaki (bahasa Inggeris: boy band) merujuk kepada kumpulan penyanyi dianggotai oleh 3 atau lebih anggota lelaki, biasanya dari kalangan berusia remaja yang cenderung mempersembahkan muzik dalam genre pop atau rhythm and blues. Mereka juga turut berperanan sebagai penari yang menyerasikan pergerakan lincah mereka dengan muzik yang cocok.

Walaupun mereka dipanggil sebagai "boy band" (maksud dalam Bahasa Melayu secara harfiah: "kugiran pemuda"), mereka amat jarang memainkan alat muzik tetapi selalunya mereka bertindak sebagai kumpulan vokalis yang menyanyi secara harmoni.