Boustead Heavy Industries
| Jenis/bentuk sah | Syarikat dagangan awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | MYX: 8133 |
| ISIN | MYL8133OO000 |
| Industri | Pertahanan Binaan kapal Aeroangkasa |
| Ditubuhkan | 2007 |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kawasan perkhidmatan | Asia Tenggara |
| Tokoh penting | Feroz Razi Famli (CEO) |
| Keluaran | Kapal tentera laut Kapal komersial Sturktur luar pantai |
| Perkhidmatan | Sistem pertahanan dan elektronik Pembaikan kapal MRO pesawat dll |
| Hasil | ▲ RM 2.503 bilion(akhir 2013) (AS$760 juta) |
| Pendapatan kendalian | ▲ RM -89 juta(akhir 2013) (AS$-27 juta) |
| Jumlah aset | ▲ RM 4.348 bilion(akhir 2013) (AS$1.33 bilion) |
| Bilangan kakitangan | ▲ 2160 |
| Syarikat induk | Boustead Holdings |
| Anak syarikat | Boustead Naval Shipyard Boustead Penang Shipyard Boustead Langkawi Shipyard Contraves Advanced Devices |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, (MYX: 8133) (BHIC) yang terkenal dengan anak syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) dan sering disingkat BHIC dan BNS ialah kumpulan perindustrian Malaysia yang mengkhususkan dalam industri pertahanan, pembinaan kapal tentera laut dan komersial serta perkhidmatan berkaitan kapal. Tumpuan utamanya adalah pembuatan kapal, fabrikasi struktur luar pantai, serta pembaikan dan penyelenggaraan kapal dan pesawat. Syarikat ini merupakan syarikat awam yang berhad dan pemegang saham terbesar ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan faedah persaraan dan skim simpanan untuk pegawai Angkatan Tentera Malaysia, dengan 58.69% kepentingan. Pemegang saham kedua terbesar ialah Kumpulan Wang Persaraan, sebuah syarikat yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai syarikat pelaburan, dengan pegangan sebanyak 7.17%. Syarikat induknya ialah Boustead Holdings.