Boson
Boson adalah zarah-zarah yang menuruti statistik Bose-Einstein. Zarah-zarah ini cenderung untuk berada di dalam keadaan (yakni bernombor kuantum) yang sama, terutama pada suhu rendah. Ia merupakan salah satu kelas zarah asas selain fermion yang bersifat bertentangan. Boson mempunyai (nombor kuantum) spin yang bernilai integer.
Nama "boson" dibentuk oleh Paul Dirac memperingati sumbangan Satyendra Nath Bose, seorang ahli fizik dan profesor di Universiti Dhaka yang membantu membangunkan statistik Bose-Einstein (bersama Albert Einstein) yang menteorikan ciri-ciri zarah asas. Nama keluarga Bose atau lebih tepat dalam bahasa Benggali বসু Bosu serapan Sanskrit वसु vasu "kekayaan".