Bonnie dan Clyde
Bonnie Elizabeth Parker (1 Oktober 1910 – 23 Mei 1934) dan Clyde Chestnut Barrow (24 Mac 1909 – 23 Mei 1934) merupakan sepasangan perompak dan penjenayah yang giat terkenal di Amerika Syarikat semasa zaman Kemelesetan Besar melanda negara itu. Mereka menubuhkan suatu geng yang merompal sejumlah bank, toko, dan SPBU. Geng ini dipercaya telah membunuh sedikitnya 9 orang polis, sebelum akhirnya mereka ditembak mati di Louisiana pada jalan raya yang telah disekat polis dalam suatu pengepungan.
Kegiatan jenayah yang dilakukan pasangan ini banyak mendapat perhatian wartawan yang melebih-lebihkan pelaporan berita berkaitan mereka seolah-olah takjub malah menunjukkan mereka bereputasi baik.