Bola sepak di Sukan Asia Tenggara 2001
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara tuan rumah | Malaysia |
| Tarikh | 1 September – 15 September |
| Pasukan | 9 |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Thailand (lelaki) Vietnam (wanita) |
| Naib Juara | Malaysia (lelaki) Thailand (wanita) |
| Tempat Ketiga | Myanmar (lelaki) Myanmar (wanita) |
| Tempat Keempat | Indonesia (lelaki) Indonesia (wanita) |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 33 |
| Jaringan gol | 103 (3.12 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Akmal Rizal Manit Noyvach (5 gol) |
← 1999 2003 → | |
Kejohanan Bola sepak di Sukan Asia Tenggara 2001 telah diadakan di Kuala Lumpur,Malaysia. Ia merangkumi kejohanan lelaki dan ia adalah edisi pertama Sukan Asia Tenggara mengadakan kejohanan wanita. Kejohanan lelaki telah diadakan mulai 1 September hingga 15 September 2001, manakala kejohanan wanita telah diadakan pada 4 September - 14 September 2001. Kejohanan lelaki adalah yang pertama kali di Sukan Asia Tenggara mempunyai had umur, dan telah dimainkan oleh B-23 (di bawah 23 tahun) pasukan kebangsaan sejak itu, manakala kejohanan wanita tidak mempunyai had umur. Semua perlawanan telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.