Bola sepak Australia
Bola sepak Australia, atau biasa disebut "Peraturan Aussie" ('Aussie Rules"), "bola sepak" atau "footy", adalah sukan bersentuhan yang dimainkan antara dua pasukan yang terdiri daripada 18 pemain di padang lonjong, sering dimainkan di padang kriket yang diubah suai. Mata dijaringkan dengan menendang bola bujur di antara tiang gol tengah (bernilai enam mata) atau antara gol dan tiang belakang (bernilai satu mata).