Boko Haram

Boko Haram
Jemaat Sunnah untuk Dakwah dan Jihad
جماعة أهل السنة للدعوة والجهاد
Terlibat dalam Pemberontakan Islamis di Nigeria
Aktif 2002–sekarang
Ideologi Ekstremisme Islam
Fundamentalisme Islam
Wahabisme
Takfir
Pemimpin Abubakar Shekau
Dan Hajia #
Abba  
Abatcha Flatari  
Momodu Bama  
Mohammed Yusuf 
Kawasan 
operasi
Nigeria Utara, Kamerun Utara, Niger Selatan, Chad
Sekutu Ansaru
Al-Qaeda di Maghreb Islam
Lawan Nigeria
Civilian Joint Task Force (CJTF)
Kamerun
Chad
Niger
Pertempuran/ perang Pemberontakan Islamis di Nigeria
Kekerasan sektarian Nigeria 2009


Negara Islam Afrika Barat (bahasa Inggeris: Islamic State in West Africa, disingkatkan kepada ISWA) atau Wilayah Afrika Barat Negara Islamic State (Islamic State's West Africa Province, ISWAP), juga dikenali dengan nama lamanya Jamā'at Ahl as-Sunnah lid-Da'wah wa'l-Jihād (Arab: جماعة أهل السنة للدعوة والجهاد, "Perkumpulan Ahli Sunah untuk Dakwah dan Jihad") atau Boko Haram ialah suatu pergerakan terorisme jihadis berpangkalan di timur laut Nigeria, Chad, Niger dan utara Cameroon. Ia diasaskan oleh Mohammed Yusuf pada tahun 2002 dengan tujuan menubuhkan sebuah negara Islam berasaskan undang-undang syariah.

Pertubuhan ini berubah wajah dengan pemberian taat setia ketuanya Abubakar Shekau kepada Negara Islam Iraq dan Syampada 7 Mac 2015 lalu menamakan diri dengan pengenalan sedia ada kini. Pasukan tentera Nigeria dilaporkan berjaya memusnahkan kem-kem angkatan ini namun masih menghadapi serangan dari kumpulan ini. Muhammadu Buhari mengisytiharkan Boko Haram "dikalahkan secara tepatnya" (technically defeated) namun serangan masih berterusan dan menggugat selewat tahun 2019.