Boikot

Boikot, pulau atau pemulauan ialah suatu tindakan keengganan menggunakan, membeli mahupun menjual sehingga memulaukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang datang daripada suatu individu, pertubuhan atau negara sebagai tanda tunjuk perasaan bermotifkan moral, masyarakat, politik ataupun mementingkan persekitaran. Pemulauan ini ditujukan mencetuskan kerugian ekonomi mahupun memaksa berubah pendirian yang dinyatakan dari pihak pengeluar yang disasarkan.