Blok kebal

Dalam sains ketenteraan, blok kebal atau bongkah kebal (Bahasa Inggeris blockhouse) adalah sebuah kubu kecil dan terpencil yang berbentuk bangunan tunggal. Ia berfungsi sebagai tapak pertahanan yang kukuh terhadap mana-mana musuh yang tidak mempunyai peralatan menyerang atau, dalam zaman moden, artileri. Sebuah kubu bertujuan untuk menentang senjata-senjata ini adalah lebih cenderung layak sebagai perkubuan atau benteng, atau dalam zaman moden, menjadi bunker bawah tanah.