Blok rantai
Sesebuah blok rantai (bahasa Inggeris: blockchain) itu terdiri daripada senarai rekod atau rakaman berterusan — setiap satu unit sebagai "blok" — yang dihubungkan dan dijaga melalui kaedah kriptografi. Setiap satu "blok" ini biasanya mengandungi olahan semula daripada blok yang mendahuluinya (cryptographic hash), cop masa dan data transaksi maklumat yang diuntaikan.
Teknologi ini dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 bertujuan sebagai suatu lejar transaksi awam kriptowang bitcoin, lalu ia menjadi mata wang pertama menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda (double-spending) mata wang tanpa memerlukan suatu pihak berkuasa mahupun pelayan yang berpusat.