Blanc & Eclare
| Nama dahulu | Blanc |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Swasta |
| Industri | Fesyen |
| Ditubuhkan | 2014 |
| Pengasas | Jessica Jung |
| Ibu pejabat | New York City, Amerika Syarikat |
| Tapak web | blancgroup |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Blanc Group Ltd., juga dikenali sebagai Blanc & Eclare, ialah jenama fesyen mewah yang menghasilkan kacamata, denim, pakaian, produk rawatan kulit, dan aksesori. Jessica Jung melancarkan label ini pada Ogos 2014 dengan nama Blanc, yang bermaksud "bersih dan tegas". Kemudian menambah nama Eclare, yang berasal dari perkataan dalam Bahasa Latin, Clara, yang bermaksud "kejernihan dan kecerahan".
Produk Blanc & Eclare dijual di sekitar 60 lokasi, antara lain di Seoul, New York, Beijing, Hong Kong, Bangkok, Taiwan, Shanghai, Tokyo, dan Vancouver. Pada Disember 2016, Blanc & Eclare membuka kedai pertamanya di Amerika Syarikat di SoHo, New York. Kedai itu kemudian ditutup pada Ogos 2019, dan dijadualkan akan dibuka semula pada pertengahan 2020.