Black Panther Party
Black Panther Party Black Panther Party for Self-Defense | |
|---|---|
| Singkatan | BPP |
| Pemimpin/ketua | Huey Newton |
| Pengerusi | Huey P. Newton (en) |
| Pengasas | Huey P. Newton (en) , Bobby Seale (en) |
| Diasaskan | 1966 |
| Dibubarkan | 1982 |
| Ibu pejabat | Oakland Amerika Syarikat |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Jauh kiri |
| Bendera parti | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Black Panther Party (BPP, "Parti Harimau Kumbang Hitam"; nama asalnya Black Panther Party for Self Defense, "Parti Pertahanan Diri Harimau Kumbang Hitam") adalah suatu organisasi politik di Amerika Syarikat didirikan oleh Bobby Seal dan Huey Newton pada 15 Oktober 1966.
Parti ini pada asalnya ditubuhkan dengan bertujuan memerhati jika adanya sebarang kejadian keganasan polis di sekitar Oakland, California dengan adanya kakitangan berkelengkapan senjata api; namun ia turut bertumpu kepada program kebajikan masyarakat dengan mewujudkan klinik masyarakat dan program makanan percuma kepada golongan miskin. J. Edgar Hoover yang menjadi Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan pada ketika itu mula melihat kelompok tersebut sebagai suatu "ancaman terbesar terhadap keselamatan dalaman negara"; atas motif inilah beliau mengetuai suatu program pengawasan yang meluas - COINTELPRO - di mana banyak taktik yang direka untuk melemahkan, mendakwa dan menyekat bekalan kepemimpinan dan keanggotaan parti tersebut. Program ini juga dituduh terlibat dalam pembunuhan beberapa ahli dalam parti tersebut. Insiden penahahan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pemerintah Amerika Syarikat terhadap parti ini mulanya meraih simpati dalam kalangan orang Afrika Amerika (sehingga banyak yang menyertai kumpulan tersebut) serta juga golongan berfahaman kiri politik - parti ini dilihat kedua-dua mereka sebagai suatu pihak yang sangat berpengaruh dalam menentang polisi pengasingan kaum yang dilaksanakan undang-undang Jim Crow serta pengerahan wajib dalam tentera ketika Amerika Syarikat terlibat secara aktif dalam Perang Vietnam. Namun, serangan yang dilakukan media arus utama memencilkan merek adaripada masyarakat, lagi-lagi dengan pergelutan dalaman hasil operasi COINTELPRO yang menyebabkan beberapa anggotanya dibuang atau berpaling tadah.
Parti ini giat di Amerika Syarikat dari 1966 sehingga tahun 1982, malah turut mendirikan beberapa cawangan luar negara seperti di United Kingdom pada awal tahun 1970 dan di Algeria dari 1969 sehingga 1972. Banyak kumpulan dan pergerakan di seluruh dunia turut memilih nama diilhamkan oleh parti ini sebagai memperingati semangat perjuangan mereka.