Biola beroda
Pada abad ke-10 Masihi semasa zaman Pertengahan di benua Eropah, wujudnya suatu alat muzik bertali berbentuk biola dimainkan secara memusingkan engkol bersambung pada roda yang menggesek tetali badan, malah alat ini turut dinamakan "biola beroda" (Portugis: viela de roda atau viola de roda, Catalan: viola de roda, Perancis: vielle à roue, Sepanyol: vihuela de rueda). Irama dihasilkan pada sebaris kekunci menekan kepingan kayu kecil menekan pada tetali dawai alat untuk mengubah nadanya sambil bunyi getaran tali ditekan melalui rongga badan agar kedengaran terhasil.