Bill Paxton
Bill Paxton | |
|---|---|
Paxton di WonderCon 2014 | |
| Kelahiran | William Paxton 17 Mei 1955 Fort Worth, Texas, A.S. |
| Meninggal dunia | 25 Februari 2017 (umur 61) Los Angeles, California, A.S. |
| Sebab kematian | Strok |
| Pekerjaan | Pelakon, Pengarah |
| Tahun aktif | 1975–2017 |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 2, termasuk James Paxton |
William "Bill" Paxton (17 Mei 1955 – 25 Februari 2017) merupakan pelakon dan pengarah filem Amerika Syarikat.
Beliau pernah muncul dalam beberapa buah filem termasuklah The Terminator (1984), Weird Science (1985), Aliens (1986), Predator 2 (1990), Tombstone (1993), True Lies (1994), Apollo 13 (1995), Twister (1996), Titanic (1997), U-571 (2000), Vertical Limit (2000), Edge of Tomorrow (2014), dan Nightcrawler (2014). Paxton turut pernah membintangi siri drama HBO Big Love (2006–11), yang melayakkan beliau menerima tiga kali pencalonan dalam Anugerah Golden Globe sepanjang siri ini ditayangkan. Beliau turut dicalonkan dalam Anugerah Primetime Emmy dan Screen Actors Guild Award untuk watak sebagai Randolph "Randall" McCoy dalam siri mini Hatfields & McCoys (2012). Penampilan terakhir Paxton adalah menerusi filem The Circle (2017), yang dikeluarkan dua bulan selepas kematiannya.