Bentuk bilangan tatabahasa
Dalam bidang linguistik, bentuk bilangan tatabahasa merupakan sesuatu ciri kesepakatan pada kata nama, kata ganti nama, kata sifat dan kata kerja yang mengungkap perbezaan kiraan (seperti "satu", "dua" atau "tiga atau lebih"). Bahasa Inggeris dan banyak bahasa lain menunjukkan golongan bilangan berbentuk mufrad atau jamak. Sesetengah bahasa juga mempunyai bentuk bilangan duaan, tigaan, beberapaan (bahasa Inggeris: paucal) dan lain-lain tetapan bentuk bilangan.
Perkataan "bilangan" juga digunakan dalam bidang linguistik untuk menerangkan perbezaan antara aspek tatabahasa tertentu yang menunjukkan berapa kali sesuatu peristiwa itu berlaku, seperti aspek segera (semelfaktif), aspek ulangan (iteratif), dsb. Untuk penggunaan istilah-istilah berkaitan, sila lihat "Aspek tatabahasa".