Biara St. Catherine, Gunung Sinai

28°33′20″N 33°58′34″E / 28.55556°N 33.97611°E / 28.55556; 33.97611

Kawasan Santo Catherine
Tapak Warisan Dunia UNESCO
KriteriaKebudayaan: i, iii, iv, vi
Rujukan954
InskripsiSesi 2002 (ke-26 )
Paparan amaran: Page using Template:Infobox UNESCO World Heritage Site with unknown parameter "State Party"

Biara Santo Catherine (Arab: دير القدّيسة كاترين, bahasa Yunani: Μονὴ τῆς Ἁγίας Αἰκατερίνης) ialah biara Kristian tertua di dunia yang masih berfungsi. Terletak di mulut gaung yang sukar dicapai di kaki Gunung Sinai, Semenanjung Sinai di Mesir. Biara ini milik mazhab Ortodoks Yunani dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Menurut laporan UNESCO (60100 ha / Ref: 954) dan laman web di bawah ini, biara ini pernah dinamakan sebagai biara Kristian tertua di dunia yang masih berfungsi - walaupun Biara Santo Anthony yang terletak di seberang Laut Merah di gurun di selatan Kaherah juga didakwa mempunyai gelaran sedemikian.