Bhima

Bhima (Sanskrit: भीम, rumi: Bhīma) atau Bimasena (Sanskrit: भीमसेन, rumi: Bhīmaséna) adalah seorang tokoh protagonis dalam wiracarita Mahabharata. Dia merupakan putera Kunti, dan dikenal sebagai tokoh Pandawa yang kuat, selalu bersifat kasar dan menakutkan bagi musuh, walaupun sebenarnya berhati lembut. Dia anak kedua dari lima Pandawa bersaudara. Saudara seayahnya ialah Hanoman, wanara terkenal dalam kisah epos Ramayana.

Mahabharata menceritakan bahawa Bima gugur di pergunungan bersama keempat-empat saudaranya setelah Bharatayuddha berakhir. Cerita tersebut dikisahkan dalam jilid ke-18 Mahabharata yang berjudul Mahaprasthanikaparwa. Bima setia pada satu sikap iaitu tidak suka berbasa-basi, tak pernah bersikap mendua, serta tidak pernah menjilat ludahnya sendiri.