Bhanu

Bhanu (maut 775) ialah pengasas dan raja pertama Dinasti Syailendra yang memerintah Kerajaan Mataram Kuno selama 23 tahun antara tahun-tahun 752 - 775.

Sedangkan Dinasti Sanjaya yang diasaskan pada tahun 732 bercorak Hindu, dinasti yang diasaskan oleh Bhanu bercorak agama Buddha Mahayana. Bhanu mangkat pada tahun 775, dan diwarisi oleh puteranya, Wisnu.