Bhagavad Gita Seperti Yang Ada
Bhagavad-Gita Seperti Yang Ada ialah terjemahan dan ulasan Bhagavad Gita oleh A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada, pengasas dan acarya Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON). Versi ini dikenali untuk penekananannya kepada laluan yoga bakti selaras dengan tradisi gerakan Gaudiya Vaishnava oleh Caitanya Mahaprabhu. Buku ini telah diedar secara meluas, khususnya melalui promosi oleh gerakan Hare Krishna yang moden dan diterbitkan oleh Amanah Buku Bhaktivedanta.