Betty Boop

Betty Boop merupakan seorang watak kartun animasi ciptaan Max Fleischer dengan sumbangan dari juruanimasi Grim Natwick dan lain-lain. Dia mula-mula muncul dalam siri filem Talkartoon dan Betty Boop terbitan Fleischer Studios dan keluaran Paramount Pictures. Dia juga ditampilkan dalam komik dan barang-barang dagangan. Dengan tarikan seksual yang begitu menonjol, Betty menjadi kegilaan ramai penggemar filem. Biarpun dilembutkan sehingga kelihatan lebih bersopan santun pada pertengahan 1930-an, namun Betty Boop tetap menjadi salah satu watak kartun di dunia dan masih diminati ramai pada zaman sekarang.