Better Call Saul
| Better Call Saul | |
|---|---|
| Genre | Drama jenayah Komedi hitam |
| Pencipta | Vince Gilligan Peter Gould |
Dibintangi oleh | Bob Odenkirk Jonathan Banks Rhea Seehorn Patrick Fabian Michael Mando Michael McKean |
Penggubah lagu tema | Little Barrie |
| Penggubah | Dave Porter |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Bilangan musim | 6 |
| Bilangan episod | 63 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Vince Gilligan Peter Gould Mark Johnson Melissa Bernstein |
| Penerbit | Bob Odenkirk Nina Jack Diane Mercer |
| Lokasi | Albuquerque, New Mexico |
| Sinematografi | Arthur Albert |
| Tempoh siaran | 42–47 minit 53 minit (tayangan perdana) |
Syarikat penerbitan | High Bridge Productions Crystal Diner Productions Gran Via Productions Sony Pictures Television |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | AMC |
| Siaran asal | 8 Februari 2015 – 15 Ogos 2022 |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Breaking Bad |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Better Call Saul ("Baik Telefon Saul") adalah siri drama televisyen Amerika Syarikat yang dibuat oleh Vince Gilligan dan Peter Gould. Siri ini merupakan cerita ranting yang juga sekaligus mendahului siri cerita pokok Breaking Bad yang juga dibuat oleh Gilligan. Siri ini menumpukan kepada salah satu watak dalam cerita pokok Breaking Bad iaitu James "Jimmy" McGill (lakonan Bob Odenkirk) pada 2002 yakni enam tahun sebelum tampil di siri pokok ini malah juga menjelajahi peristiwa selama dan sesudah latar masa siri pokok tersebut.
Siri ini terdiri dari 63 episod dibahagikan kepada enam musim. Musim pertamanya mendapat tayangan perdana di AMC pada tanggal 8 Februari 2015 musim keenam dan terakhirnya mula ditayangkan dari 18 April hingga 15 Ogos 2022. Pada Jun 2014, musim kedua yang terdiri dari 13 episod disetujui dan akan ditayangkan pada awal 2016. Episod pertamanya meraih kutipan tontonan tertinggi untuk penayangan perdana siri berturutan dalam sejarah televisyen kabel se-Amerika Syarikat, iaitu 4.4 orang juta penonton dalam kategori usia 18–49 tahun dengan jumlah keseluruhan 6.9 orang juta penonton.